<!-- --><!-- --><style type="text/css">@import url(https://www.blogger.com/static/v1/v-css/navbar/3334278262-classic.css); div.b-mobile {display:none;} </style> </head><body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\758550336476217275939\46blogName\75Cerita+Rakyat\46publishMode\75PUBLISH_MODE_BLOGSPOT\46navbarType\75BLUE\46layoutType\75CLASSIC\46searchRoot\75http://mari-kita-membaca.blogspot.com/search\46blogLocale\75en\46v\0752\46homepageUrl\75http://mari-kita-membaca.blogspot.com/\46vt\75-3057099132952657649', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>






CERITA RAKYAT

Sastera rakyat ialah kesusasteraan yang lahir di kalangan rakyat. Pada lazimnya, sastera rakyat merujuk kepada kesusasteraan rakyat daripada masa lampau, yang telah menjadi warisan kepada sesuatu masyarakat.
Sastera rakyat adalah sebahagian daripada kehidupan budaya bagi masyarakat lama.
Misalnya dalam masyarakat Melayu lama cerita rakyat merupakan satu bentuk hiburan yang penting untuk orang kampung



Objektif kami:

Memberi kanak-kanak kecil pendedahan kepada cerita-cerita rakyat dan pengajarannya supaya mereka suka membaca dan tahu bagaimana untuk berkelakuan lebih baik.



Jenis-jenis cerita rakyat

Terdapat empat jenis cerita rakyat:
1)Cerita jenaka
2)Cerita binatang
4)Penglipur lara
5)Lagenda


Cerita Jenaka

Cerita yang mengandungi unsur humor atau unsur lucu, membawa kesan kegembiraaan dan geli hati kerana kelucuan.


Cerita Binatang

Cerita yang menggunakan watak Binatang sebagai watak dalam cerita. Watak binatang ini mempunyai sifat seperti manusia biasa.


Penglipur lara

Membawa pengertian cerita yang menghiburkan orang dalam sedih dan duka-cinta. Ia pun dikenali sebagai “folk lore”.


Lagenda

Cerita prosa rakyat yang kemungkinan benar-benar terjadi dan telah diturunkan daripada satu generasi ke satu generasi.


Sunday, April 17, 2011
Cerita Jenaka: Pak Pandir





Moral: Jangan buat kerja separuh jalan sepereti bak kata pepatah jangan melepaskan batuk di tangga. Juga, janganlah tamak apabila bantuan telah diberikan


Cerita Jenaka: Pak Lebai Malang

Tersebutlah kisah seorang guru agama yang hidup di tepi sungai disebuah desa di Sumatera Barat. Pada suatu hari, ia mendapat undangan pesta dari dua orang kaya dari desa-desa tetangga. Sayangnya pesta tersebut diadakan pada hari dan waktu yang bersamaan.


Pak Lebai menimang- nimang untung dan rugi dari setiap undangan. Tetapi ia tidak pernah dapat mengambil keputusan dengan cepat. Ia berpikir, kalau ia ke pesta di desa hulu sungai, tuan rumah akan memberinya hadiah dua ekor kepala kerbau. Namun, ia belum begitu kenal dengan tuan rumah tersebut. Menurut berita, masakan orang-orang hulu sungai tidak seenak orang hilir sungai. Kalau ia pergi ke pesta di hilir sungai, ia akan mendapat hadiah seekor kepala kerbau yang dimasak dengan enak. Ia juga kenal betul dengan tuan rumah tersebut. Tetapi, tuan rumah di hulu sungai akan memberi tamunya tambahan kueh-kueh. Hingga ia mulai mengayuh perahunya ketempat pestapun ia belum dapat memutuskan pesta mana yang akan dipilih.


Pertama, dikayuh sampannya menuju hulu sungai. Baru tiba ditengah perjalanan ia mengubah pikirannya. Ia berbalik mendayung perahunya ke arah hilir. Begitu hampir sampai di desa hilir sungai. Dilihatnya beberapa tamu menuju hulu sungai. Tamu tersebut mengatakan bahwa kerbau yang disembelih disana sangat kurus. Ia pun mengubah haluan perahunya menuju hulu sungai.


Sesampainya ditepi desa hulu sungai, para tamu sudah beranjak pulang. Pesta disana sudah selesai. Pak lebai cepat-cepat mengayuh perahunya menuju desa hilir sungai. Sayangnya, disanapun pesta sudah berakhir. Pak Lebai tidak mendapat kepala kerbau yang diinginkannya.


Saat itu ia sangat lapar, ia memutuskan untuk memancing ikan dan berburu. Untuk itu ia membawa bekal nasi. Untuk berburu ia mengajak anjingnya. Setelah memancing agak lama, kailnya dimakan ikan. Namun kail itu menyangkut di dasar sungai. Pak Lebaipun terjun untuk mengambil ikan tersebut. Sayangnya ikan itu dapat meloloskan diri. Dan anjingnya memakan nasi bekal pak Lebai.


Oleh karena kemalangan nasibnya, pak Lebai diberi julukan Lebai Malang.

Penglipur Lara: Hikayat Malim Deman


Tuanku Gombang Malim Dewa dan permaisuri Tuan Puteri Lindungan Bulan memerintah negeri Bandar Muar. Mereka mempunyai seorang putera, Tuanku Malim Deman.


Pada suatu malam, Tuanku Malim Deman bermimpi didatangi seorang wali Allah menyuruh baginda pergi ke hulu negeri berjumpa dengan Nenek Kebayan untuk beristerikan Puteri Bongsu daripada tujuh beradik dari kayangan yang akan turun ke dalam taman nenek memetik bunga mengarang kuntum pada setiap malam purnama.


Sedar dari beradu, Tuanku Malim Deman berubah menjadi seorang yang gila bayang. Seisi istananya kehairanan terutama pengasuhnya, Si Kembang Cina. Baginda memohon pekenan ayah dan bondanya untuk pergi berburu ke hulu negeri. Pada mulanya Tuanku Malim Deman diiringi sekalian ramai hulubalang dan rakyat jelata. Namun mereka tewas; akibat kebuluran, penyakit, sesat dan berpatah balik.


Akhirnya tinggallah Tuanku Malim Deman, Awang Selamat dan anjingnya Si Kumbang. Awang Selamat jatuh sakit dan meninggal dunia dalam perjalanan, Si Kumbang pula mati lemas. Tinggallah Tuanku Malim Deman sendirian menempuhi berbagai-bagai kesusahan dan penderitaan sehingga menemui sebiji batil emas hanyut berisi sebentuk cincin dan sehelai rambut. Semua ini milik Puteri Bongsu dari kayangan yang berkata barang sesiapa yang menemui batil tersebut ialah jodohnya. Sebenarnya puteri ini telah ditunangkan dengan Medan Si Tangkal Ali tetapi tidak disukainya.


Tuanku Malim Deman menemui Nenek Kebayan dan dengan helah mereka baju layang Puteri Bongsu diambil oleh Tuanku Malim Deman. Akhirnya Tuanku Malim Deman membuka rahsia batil emas dan apa tujuan sebenar kedatangannya. Mereka dikahwinkan oleh Betara Guru di rumah Nenek Kebayan.


Kepulangan Tuanku Malim Deman membawa isteri disambut penuh meriah dan kebesaran oleh kedua orang tuanya, lalu diadakan kenduri kahwin besar-besaran. Rakyat negeri Bandar Muar mengadakan pesta selama tiga bulan sebagai tanda kesyukuran dan Tuanku Gombang Malim Dewa sendiri berkenduri membayar nazarnya. Tuanku Gombang Malim Dewa dan permaisuri mangkat selang seminggu, taktha kerajaan diserahkan kepada Tuanku Malim Deman.


Malangnya, Tuanku Malim Deman tidak cekap memerintah negeri. Baginda asyik dengan persabungan dan berfoya-foya dengan wanita sehingga melupakan urusan negeri dan permaisurinya. Sehinggalah Puteri Bongsu berputerakan Tuanku Malim Dewana pun, baginda tidak sudi pulang menjenguk bayinya itu.


Setelah Tuanku Malim Dewana boleh berjalan, jatuh bangun, Puteri Bongsu terpandang baju layangnya dahulu. Lantas diambil, sambil mendukung putera kecilnya, ia terbang melayang pulang ke kayangan. Disambut oleh kedua-dua orang tuanya dengan rasa curiga. Setelah diketahui kedudukan sebenar, Puteri Bongsu ditunangkan dengan Mambang Molek seorang raja kayangan juga.


Setelah kehilangan isteri dan anak barulah Tuanku Malim Deman insaf dan menyesal akan perbuatannya selama ini. Baginda mengembara semula sehingga sampai semula ke rumah Nenek Kebayan.


Baginda meminta bantuan nenek itu untuk berjumpa dengan keluarganya kembali. Nenek memberitahu baginda bahawa hanya burung borak sahaja yang mampu membawa baginda ke kayangan. Akan tetapi Nenek Kebayan tidak ketahui di mana burung tersebut berada untuk meminjamkan kepada baginda.


Tuanku Malim Deman meneruskan perjalanan dan pada suatu malam, sewaktu terlena di banir pokok, baginda bermimpikan kemunculan seorang wali Allah menyuruh baginda mengikut hulu sungai sehinggalah bertemu dengan Puteri Terus Mata anak Raja Jin Islam. Baginda sempat bertaubat di hadapan wali tersebut.


Terjaga atau beradu, baginda menuruti pesanan wali Allah dalam mimpinya. Tuanku Malim Deman meminjam burung borak milik Puteri Terus Mata, untuk berlepas ke kayangan setelah menerima syarat daripada ayahanda Puteri Terus Mata, iaitu Raja Jin Islam supaya mengahwini puteri apabila pulang ke dunia semula. Baginda juga sempat berguru kepada Raja Jin Islam tentang segala ilmu dan hikmat bekalan cabaran di kayangan kelak. Puteri Terus Mata turut memberi tujuh kapur sirih hikmat kepada baginda untuk disantap juga mengatasi tujuh lautan halangan, lautan gelap, api, sejuk, kuning, hijau, masin dan bisa. Kemenyan mandung jati turut dibekalkan untuk menyeru kehadiran burung borak apabila baginda hendak pulang ke dunia semula.


Baginda tiba di rumah Nenek Kebayan di kayangan dan dilayan dengan penuh mesra. Baginda perkenalkan diri sebagai Malim Permainan kerana berkebolehan luar biasa bermain muzik. Malim Permainan hadir ke balai perkarangan istana lalu bermain muzik untuk menghiburkan puteranya Malim Dewana.


Walaupun putera itu tidak mengenalinya, namun naluri hubungan ‘anak-bapa’ menyebabkan putera sering berada di atas ribaan sambil berhibur dengan permainan muzik oleh baginda. Dari bau minyak silompat pagar yang melekat pada tubuh puteranya, tahulah Puteri Bongsu bahawa Malim Permainan itu suaminya kerana minyak itu ditinggalkan sewaktu ke kayangan. Malim Permainan (Tengku Malim Deman) menyuruh Nenek Kebayan jualkan cincinnya kepada Puteri Bongsu kerana ‘kesuntukan belanja’. Puteri Bongsu membuka rahsia kepada Nenek Kebayan dan meminta Malim Permainan(Tengku Malim Deman) merebutnya semula daripada tangan Mambang Molek.


Tengku Malim Deman akhirnya dapat membunuh Mambang Molek di gelanggang sabung ayam. Dua orang saudaranya yang cuba menuntut bela juga terbunuh dan negeri menjadi huru-hara kerana rakyat Mambang Molek bertempur sesama sendiri kerana hikmat wali Allah.


Tengku Malim Deman dikahwinkan sekali lagi dengan Puteri Bongsu di atas kayangan.


Setahun kemudian Tengku Malim Deman membawa Puteri Bongsu dan puteranya pulang ke Bandar Muar. Berkahwin dengan Puteri Terus Mata, puteri Raja Jin Islam sebagai menunaikan janji dan Tengku Malim Deman menjadi raja yang arif bijaksana serta pula gagah berani yang terlalu saktinya tiadalah berbanding zaman itu.


(Dipadankan daripada Hikayat Malim Deman, Pawang Ana/Raja Haji Yahya, Fajar Bakti 1998)

Monday, April 11, 2011
Si Tanggang (Lagenda)
Si tanggang berasal daripada keluarga yang miskin dan melarat. Dia tinggal bersama ibunya sahaja kerana bapanya sudah meninggal. Dia amat menyayangi ibunya. Apabila dia sudah dewasa, dia ingin merantau mencari kehidupan yang lebih senang supaya dapat merubah keadaan hidupnya yang miskin.
Pada suatu hari , dia meninggalkan ibunya tanpa kerelaan ibu. Dia pergi ke tepi pantai dan melihat ada sebuah kapal di sana. Dia pun berenang ke arah kapal yang sedang berlabuh. Dengan senyap-senyap dia , dia bersembunyi di kapal itu , ingin belayar bersama-sama mereka yang berada di kapal itu.
Dengan tiba-tiba , dia telah ditemui salah-satu perkerja di dalam kapal itu dan dibawa ke hadapan nakhoda. Setelah menyoal siasat si tanggang , tanggang diberi kerja di situ. Tanggang semakin termasyhur sehingga satu hari , dia telah dilamar oleh seorang raja untuk bekerja samanya. Akhirnya , dia berkahwin dengan puteri raja itu dan menjadi kaya-raya. Pada suatu hari, dia belayar ke tempat asalnya bersama puteri itu. Orang kampung pun memberitahu ibunya bahawa tanggang sudah kembali kaya-raya. Ibunya berasa sangat gemberia dan menyediakan makanan-makanan kesukaannya . Lantas, menuju ke kapal itu dengan sampannya. Dia telah ditahan oleh beberapa hulu-balang. Ketika itu , puteri itu pun ternampak seorang tua yang hendak menaiki kapal itu. Ibu tanggang dibawa ke hadapan tanggang. Dia mengaku tanggang sebagai anaknya. Puteri itu pun menghina ibu si tanggang. Tanggang berasa amat malu sehingga dia menafikan bahawa itu ibunya. Ibunya telah membawa pisang salai kesukaannya dan merayu agar tanggang memakan dan mengaku bahawa dia adalah ibunya. Namun, tanggang menghalau dia keluar dari kapal itu. Ibunya berasa amat sedih dan kecewa dan kembali ke rumahnya. Dia merasakan bahawa anaknya sudah menjadi anak derhaka lalu berdoa kepada tuhan. Dengan tiba-tiba, ribut berlaku dan keadaan menjadi huru-hara. Ombak menjadi sungguh ganas dan satu persatu , mereka bertukar menjadi batu. Tanggang memekik meminta kemaafan daripada ibunya tetapi telah terlambat lalu menjadi batu bersama isterinya. Inilah riwayat si Tanggang.

Badang Part 3 (Lagenda)


Badang Part 2 (Lagenda)


Badang Part 1 (Lagenda)


Thursday, March 17, 2011
Gagak dan air (Cerita binatang)




Pengajaran: Orang yang mengunakkan akal akan mendapat kebaikkan untuk dirinya .


Sang Kancil (Cerita binatang)



Pengajaran: Orang yang tidak mendengar nasihat akan menerima padahnya.