Si Tanggang (Lagenda)
Si tanggang berasal daripada keluarga yang miskin dan melarat. Dia tinggal bersama ibunya sahaja kerana bapanya sudah meninggal. Dia amat menyayangi ibunya. Apabila dia sudah dewasa, dia ingin merantau mencari kehidupan yang lebih senang supaya dapat merubah keadaan hidupnya yang miskin. Pada suatu hari , dia meninggalkan ibunya tanpa kerelaan ibu. Dia pergi ke tepi pantai dan melihat ada sebuah kapal di sana. Dia pun berenang ke arah kapal yang sedang berlabuh. Dengan senyap-senyap dia , dia bersembunyi di kapal itu , ingin belayar bersama-sama mereka yang berada di kapal itu.
Dengan tiba-tiba , dia telah ditemui salah-satu perkerja di dalam kapal itu dan dibawa ke hadapan nakhoda. Setelah menyoal siasat si tanggang , tanggang diberi kerja di situ. Tanggang semakin termasyhur sehingga satu hari , dia telah dilamar oleh seorang raja untuk bekerja samanya. Akhirnya , dia berkahwin dengan puteri raja itu dan menjadi kaya-raya. Pada suatu hari, dia belayar ke tempat asalnya bersama puteri itu. Orang kampung pun memberitahu ibunya bahawa tanggang sudah kembali kaya-raya. Ibunya berasa sangat gemberia dan menyediakan makanan-makanan kesukaannya . Lantas, menuju ke kapal itu dengan sampannya. Dia telah ditahan oleh beberapa hulu-balang. Ketika itu , puteri itu pun ternampak seorang tua yang hendak menaiki kapal itu. Ibu tanggang dibawa ke hadapan tanggang. Dia mengaku tanggang sebagai anaknya. Puteri itu pun menghina ibu si tanggang. Tanggang berasa amat malu sehingga dia menafikan bahawa itu ibunya. Ibunya telah membawa pisang salai kesukaannya dan merayu agar tanggang memakan dan mengaku bahawa dia adalah ibunya. Namun, tanggang menghalau dia keluar dari kapal itu. Ibunya berasa amat sedih dan kecewa dan kembali ke rumahnya. Dia merasakan bahawa anaknya sudah menjadi anak derhaka lalu berdoa kepada tuhan. Dengan tiba-tiba, ribut berlaku dan keadaan menjadi huru-hara. Ombak menjadi sungguh ganas dan satu persatu , mereka bertukar menjadi batu. Tanggang memekik meminta kemaafan daripada ibunya tetapi telah terlambat lalu menjadi batu bersama isterinya. Inilah riwayat si Tanggang.